Kempen Syria–Lubnan
Kempen Syria–Lubnan

Kempen Syria–Lubnan

 United Kingdom Perancis VichyAsia-PasifikMediterranean dan Timur TengahKempen lainRampasan kuasaKempen Syria–Lubnan, juga dikenali sebagai Operasi Exporter, adalah pencerobohan British ke atas Syria dan Lubnan Perancis Vichy dari Jun–Julai 1941, semasa Perang Dunia II. Pihak Perancis telah memberi autonomi kepada Syria pada September 1936, bersama hak untuk mengekalkan angkatan tentera dan dua lapangan terbang di dalam wilayah itu.Pada 1 April 1941, rampasan kuasa Iraq 1941 telah berlaku dan Iraq berada dibawah penguasaan nasionalis Iraq yang dipimpin oleh Rashid Ali, yang meminta pertolongan Itali dan Jerman. Perang Inggeris-Iraq (2–31 Mei 1941) menyebabkan penggulingan rejim Ali dan pelantikan sebuah kerajaan yang pro-British. Semasa konflik ini, tokoh utama Vichy Laksamana François Darlan telah membenarkan pesawat Jerman menggunakan lapangan terbang Vichy di Syria untuk menyerang British di Iraq.[3] British menceroboh Syria dan Lubnan pada Jun, bagi mengelakkan Jerman Nazi dari menggunakan Republik Syria dan Lubnan Perancis-kawalan Perancis Vichy sebagai pangkalan untuk menyerang Mesir, setelah bimbang akan kemenangan Jerman dalam Pertempuran Greece (6–30 April 1941) dan Pertempuran Crete (20 Mei – 1 Jun). Dalam Kempen Gurun Barat (1940–1943) di Afrika Utara, pihak British sedang mempersiapkan Operasi Battleaxe untuk pengepungan Tobruk dan sedang memerangi Kempen Afrika Timur (10 Jun 1940 – 27 November 1941) di Ethiopia dan Eritrea.Perancis Vichy membina pertahanan Syria yang kuat; tetapi, pada 10 Julai, sewaktu Briged Ke-21 Australia hampir memasuki Beirut, pihak Perancis meminta peletakan senjata. Pada tengah malam 12 Julai, satu gencatan senjata berkuatkuasa dan menamatkan kempen tersebut. Peletakan Senjata Saint Jean d'Acre (Konvensyen Acre) telah ditandatangani pada 14 Julai di Berek Sidney Smith di pinggir bandar itu. Majalah Time merujuk pertempuran tersebut sebagai "pertunjukkan beraneka" sewaktu ia berlangsung dan kempen itu kekal tidak popular, walaupun di negara-negara yang terlibat. Terdapat beberapa bukti yang pihak British menapis laporan peperangan tersebut kerana ahli politik percaya bahawa permusuhan yang sangat diperlukan terhadap tentera Perancis akan memberi kesan negatif pada pendapat umum di negara-negara yang berbahasa Inggeris.

Kempen Syria–Lubnan

Tarikh 8 Jun – 14 Julai 1941
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh8 Jun – 14 Julai 1941
Lokasi
Syria dan Lubnan
KeputusanKemenangan Pihak Bersekutu
Perubahan
wilayah
Syria dan Lubnan diambil alih oleh Perancis Bebas
Lokasi
Syria dan Lubnan
Perubahanwilayah Syria dan Lubnan diambil alih oleh Perancis Bebas
Keputusan Kemenangan Pihak Bersekutu